Thursday, April 15, 2010

10 pin 15 April 2010


Event : 10 pin
Tarikh Kejadian : 15 April 2010
Tempat : South City
Waktu : 10.30 pm - 1.00 am

Apa yang berlaku malam tu adalah tanpa disengajakan, kasih dan cyber ke sana tanpa dirancang, gara-gara ARL Power Bowl Alamanda yang tak sudi menerima kami bermain di situ membuatkan kasih sedikit kecewa dan membuat keputusan untuk beredar mengutip simpati di tempat lain..Kebuluran cyber malam tu mengheret kami ke Al-Jazeera, sebuah restoran Arab di Presint Diplomatik Putrajaya..kasih memilih untuk makan ala kadar disebabkan kesihatan yang kurang baik akhir-akhir ni, kasih pilih untuk minum coffe arabic n mushroom soup aje n cyber dengan kebuluran yang ada memilih untuk makan kabsah lamb n milo ice..pahit tekak ku tak boleh menerima kepahitan dan keunikan coffee arabic, lalu membuat keputusan untuk tidak terus minum dan makan juadah yang aku pilih..cyber dengan lapang dada menghabiskan rezekinya malam tu..


Coffee Arabic = RM 2.00









Mushroom Soup = RM 4.00










Selesai bersantap, kami meneruskan perjalanan meneruskan misi mematahkan sebiji dua pin-pin bowling.. penat mengeledah jalan, akhirnya kami sampai ke South City, waja yang dipandu terus ke aras 3, sebelum melangkah masuk ke bowling centre, kasih berbisik kepada cyber"malam ni kita main je tau,jangan ngada-ngada nak join tournament" cyber tersenyum tanda setuju..tapi cantik timing masa kami nak register mr dino di belakang kaunter dengan mesra memasukkan nama kasih dan cyber di dalam senarai pemain-pemain untuk 10 pin..haaaaaaaaa??? aku da agak da benda ni akan berlaku, dengan rela terpaksa aku bersetuju.. mulalah cyber tak boleh duduk diam, sakit perut la bagai..aku juga yang cool menanti nama dipanggil..

Bila mr dino mula memekik mengagihkan nama, aku dengan ketar-ketar mengheret beg ke lane, aku ditugaskan sebagai pemain lane 8b dan cyber sebagai pemain 7c, cross lane..pertarungan pun dimulakan.. sempat juga aku berkenal-kenalan dengan bowlers lain, antaranya seperti along, ek, arif..kami be5 main bersama malam tadi..memang gila kentang, masing-masing menunjukkan skill dan kelebihan..aku ternganga saja untuk game pertama dan kedua, memang out, memalukan juga time tu, tapi ape nak buat, aku gelabah dan sangat terketar-ketar masa tu..di sini aku sertakan final result kasih untuk 10 pin pertama mereka tahun ni.. ~ to be continued..........

Kasih
  • Game 1 (106)
  • Game 2 (111)
  • Game 3 (166)
  • Game 4 (135)
  • Game 5 (126)


    2 comments:

    Irza Laily said...

    untuk next tournament, kalau nak join..roger2 k..

    Kasih said...

    Kos Tournament RM45 x 5 game x 10 pin dan RM45 x 5 game x 9 pin

    Template by:
    Free Blog Templates